KLIK DISINI

Monday, February 23, 2009

RESEPI NASI HUJAN PANAS

di atas permintaan kawan2ku yang nk memasak NASI UJAN PANAS, disini nunu letak resepi nyer.. xde rahsia k...

RESEPI NASI UJAN PANAS

NASI

  • 2 pot beras (nunu guna tin susu yg sedang2)
  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • halia (1 jengkal ibu jari tangan anda...)
  • 1 @ 2 bunga lawang
  • cengkih (secubit)
  • kayu manis (1 batang kecil)
  • 2 daun pandan
  • 2 jenis pewarna (merah n oren atau ikut suka... hehehhehe)
  • majerin
  • garam
  • 1 sudu kecil serbuk ayam (jenama KNOW)

CARA2 MEMASAK

  • basuh kan terlebih dahulu beras tadi n tapis kan supaya kering bagi memudahkan untuk menumis beras nnti.
  • tumbukan 3 biji bawang merah n putih tadi bersama2 dengan halia.
  • kemudian amik periuk nasi (ikut kepada periuk nasi elektrik yg korang selalu guna tu kan..) panaskan periuk tadi di atas dapur terlebih dahulu dan masukkan 2 sudu besar majerin ke dalam.
  • bile majerin dh cair masukkan bawang yang ditumbuk bersama2 bunga lawang, cengkih dan kayu manis. (sekiranyer majerin yang dimasukkan tadi kurang, bole la ditambah sedikit jgn terlalu byk) kite tumiskan bahan2 tadi sehingga naik bau yer puan2.
  • bile tumisan tadi sudah agak garing, masukkan garam n serbuk ayam tadi secukup rasa dan masukkan beras tadi dan tumis (sebelum terlupa, masa nk masukkan beras tadi gunakan cawan untuk masukkan beras ke dalam periuk kemudian kire jmlah beras yang telah dimasukkan ke cawan bagi memudahkan anda memasukkan air ke dalam periuk)
  • misalannyer 3 cawan beras + 4 cawan air
  • o.k, bile dh sudah tumisan dan beras dimasak sebentar, bole la masukkan daun pandan tadi. kemudian tukarkan tempat periuk nasi elektrik tadi ke tempat periuk elektrik.
  • sentuhan yang terakhir, bile nasi tadi dh agak2 nk masak masukkan pewarna oren dan merah tadi.. sebelum tu bancuh dgn sedikit air supaya warna tidak terlalu pekat dan bole masuk dicelah2 nasi. tidak terlalu byk airnyer. selepas pewarna tadi tu dah masuk biar kan sehingga masak tidak perlu gaul dahulu. bile nasi tadi sudah masak dan dibiarkan sebentar supaya pewarna tadi sebati dengan nasi. bole la dihidangkan bersama lauk2 tadi.

No comments:

BIRTHDAY IRDINA QAISARA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BIRTHDAY IRSALINA QISYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers