KLIK DISINI

Wednesday, August 15, 2012

BUKAN BIDADARI - Drama TV 3

Synopsis:


Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. 

Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung. Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. 



Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas. 


Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?


-----------------------------------------------------------------------------------------------

lagi satu drama yg famous gak dlm TV3...
bukan bidadari..
mula2 tgk mcm x best..
tp lama2 mcm hurm..
not bad...
si inas tu dh la berlagak...
pun x terima keluarga dh jatuh miskin..
mcm2 cara dia buat..

masa belajar dpt kenal dgn anak org kaya..
entah mcmana si ariff tu pun suka dgn dia..
sekali dh kawen..
rupe-rupenyer...
org yg panas baran, kuat cemburu..
entah apa2..
mcm xde iman jer..
gilos wei..
dpt laki mcm tu..
inas masih bernyawa lg..
lps kena lempang dgn arif smlm..
dh la dgn keadaan pregnant lagi..
perghh!!!
pastu ariff mcm x bersalah jerkkk....
bahaya gak dpt lelaki jenis panas baran.. huhhuhu
nunu plak yg stress..
hahahaha..
al-maklum kan...
tgk citer2 stress dlm bln pose ni..
bikin lg stress rasa nyer..
nk-nk minggu akhir sebelum tiba syawal x lama lagi..
kalo ikut kiraan 3 ari jer lagi nk raya.......
yeay!!!! dh nk raya.......

(bile la nk abis citer bukan bidadari ni.... x sabar nk tunggu inas belasah ariff)


1 comment:

watyz said...

akak pon layan citer ni gak.. best kan. tp selalu sakit hati ngan inas tu. kurang hajo! hahhaha

BIRTHDAY IRDINA QAISARA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BIRTHDAY IRSALINA QISYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers