KLIK DISINI

Wednesday, August 15, 2012

7 Ramadhan - Drama TV3

Sinopsis

Mengisahkan Sufiah (lakonan Elly Suriati) yang tinggal di kampung seorang diri bekerja mengambil upah mengurut orang, membuat kuih demi menyara anaknya, Ramadhani yang amat dikasihi. Setelah Ramadhani atau Dhani ni dewasa dan tamat belajar di universiti, kini tibalah masa untuk Dhani mendapat ijazah.

Drama 7 Ramadan

Pada 7 Ramadhan juga merupakan hari konvokensyen Dhani dan jua hari peristiwa hitam dalam hidup Sufiah kerana pada hari itu anaknya bernama Iqram mati.Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya.

Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya dan masuk ke dalam keluarga Anna yang mewah walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------
citer ni start kalo x silap awal ramadhan..
tp dh ujung2 ni nk abis...
minggu ni rasa nyer br tgk mcm best..
kalo x ala-ala jer..
tapi tu la..
bikin sy sakit hati dgn Dhani tau..
rasa nk lempang jer...
sikit2 mintak maaf..
pastu sakit kan hati ibu dia..
x bole terima diri dia tu org miskin...
apa daaa...
ibu dia bersusah payah sekolah kan dr kecik..
dh kerja pun x nk tolong ibu dia..
walau hakikat dia tau dia hanya anak angkat..
alamak!!!! pikkiir la....
hahahhahaha..
(nunu plak nk lepas geram....)
kire nyer watak yg dia bwk mmg menjadik laa...
kalo elly suriati bwk watak...
hurmm.. mmg tip top..
cukup2 sabar jd seorang ibu..
bile anak bercakap mcm tu..
tp satu hal...
ada ker konvo time bulan puasa..?
~ tetiba kan......

nunu pun x sanggup la kalo mak kite diperlakukan mcm tu..
Ya! Allah dijauhkan la..
moga selagi hayat dia masih ada..
kite berikan kasih sayang.....
x sabar nk tunggu ending mcmana..
tunggu hari pembalasan...
~~ dh rasa mcm cerita anak si tanggang plak.....



No comments:

BIRTHDAY IRDINA QAISARA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BIRTHDAY IRSALINA QISYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers