KLIK DISINI

Monday, September 14, 2015

INSIDEN DI MAKKAH

Salam Takziah kepada ahli jemaah haji yg terkorban dalam insiden di Tanah suci mekah



hati sayu saat dengar perkhabaran di Kota Suci MEkah insiden Ribut Pasir yang melanda...

 ---------------------------------------------------------------------------------------------

SEORANG LAGI JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DIKENALPASTI
KELANA JAYA, 14 September 2015: TH mengesahkan seorang lagi jenazah jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti menjadikan jumlah keseluruhan Jemaah yang ditemui seramai enam orang. Lima daripadanya telah kembali ke rahmatullah, manakala seorang Jemaah haji ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.
Jenazah terbaharu yang dikenalpasti oleh waris beliau di Tanah Suci ialah:
ZAINUN TAHA
69 THN, KT49
MAKTAB 90, AL WAFIDEEN
AMPANG, SELANGOR
Kami semua amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami juga mengambil kesempatan ini menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh kelima-lima Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Dalam masa yang sama Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa 1 Zulhijjah bagi negaranya adalah pada hari Selasa 15 September 2015, maka wuquf (9 Zulhijjah)adalah pada hari Rabu, 23 September 2015.
LEMBAGA TABUNG HAJI

#tabunghaji
#prayformakkah

No comments:

BIRTHDAY IRDINA QAISARA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BIRTHDAY IRSALINA QISYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers