KLIK DISINI

Friday, June 22, 2012

Sinopsis Dejavu di KinaBalu

pengganti selepas abis cerita Seindah Sakura:
DEJAVU di Kinabalu

Synopsis:

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara. Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya. Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. 

Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ. Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa. Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

----------------------------------------------------------------------------------------------

** cerita ni setiap selasa - khamis, jam 7.00 mlm sehingga 8.00 mlm, nunu tertengok mula-mula ari selasa kalo x silap.. mula-mula mcm o.k jer kot... psatu ada satu part.. lepas derang g gunung kot... yg nadira terjatuh dari gaung... dan derang berjumpa blk masa ada presentation tuk projek yg derang nk pilih... ada 4 syarikat nk bt presentation... mula-mula mcm ala.... biasa-biasa jer.... sekali part last tuk present Akashah (ammar) muncul plak.... Tiz Zaqyah (Nadira) tetiba alahai... berdegup kencang plak degupan jantung dia... hihihi.. touching plak... tp Nadira dh bertunang... hurmm.. tu yg x best nyer.... (biasala kan.. cerita melayu suka ada konflik cinta-cinta ni......) nk kena tgk sambungan episod lagi ni..... 

ada x kengkawan yg lain start minat tgk citer ni..??

No comments:

BIRTHDAY IRDINA QAISARA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

BIRTHDAY IRSALINA QISYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers